Mega Villa Homestay

Mega Villa

Mega Villa Homestay

Lokasi: Kampung Padang Temu, Melaka

Villa jenis terbuka 2 tingkat dilengkapi kemudahan dewan dan kolam renang.

Harga Sewa, Deposit & Bil Pax

Terma Deposit

Deposit tempahan tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Deposit tempahan adalah sebahagian dari harga sewaan. Bayaran deposit sekuriti sebanyak RM 100.00 akan dikenakan ketika mendaftar masuk. Sebarang pindaan tarikh tidak akan dilayan.

Bilangan Pax Tetamu Maksima dibenarkan

20 hingga 40 pax sahaja (Termasuk kanak-kanak).

Harga Sewa (Tetap Termasuk Cuti Umum)

RM 1,800.00 semalam.

Deposit Tempahan

RM 500,00 semalam untuk lock tarikh. Contoh:
- Tempah 2H1M : Jumlah Deposit RM 500.00
- Tempah 3H2M : Jumlah Deposit RM 1,000.00
- Tempah 4H3M : Jumlah Deposit RM 1,500.00

Diskaun

Diskaun RM 100.00 semalam (Jika menginap lebih dari semalam). Contoh:
- Menginap 2H1M : Jumlah Sewa RM 1,800.00
- Menginap 3H2M : Jumlah Sewa RM 3,400.00
- Menginap 4H3M : Jumlah Sewa RM 5,100.00

Waktu Check-in / Check-out

Check-in jam 3:00 petang, Check-out jam 12:00 tengah hari. Check-in awal dan check-out lewat dikenakan bayaran tambahan RM 50.00/30 minit *hanya dengan kebenaran pihak homestay

Polisi Pembatalan

Deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Pindaan tarikh tidak dibenarkan. Sebarang tempahan yang telah berjaya dibuat dan tetamu telah membayar deposit tempahan dianggap telah bersetuju dengan terma ini.

Senarai Kemudahan

Semua kemudahan yang disenaraikan ini adalah termasuk dalam harga sewa RM 1,800.00 semalam.


Bilangan Bilik

10 Bilik Tidur + 10 Bilik Air. Setiap bilik tidur dilengkapi kemudahan seperti berikut:
- 1 Katil Kelamin (3 bantal, 1 Selimut)
- 1 Tv LED 32 Inci siaran MyTV
- 1 Aircond, 1 Kipas Dinding,
- 1 Bakul Sampah, Penyangkut Baju, Cermin Muka
- 1 Side Table & Sehelai Sejadah
- 1 Bilik Air yang mempunyai kemudahan tandas duduk, Hot Shower, 2 Tuala, Sabun & Syampoo

Kedudukan Bilik

5 Bilik di Aras Bawah, 5 Bilik di Aras Atas.

Dewan Serbaguna

Dewan Serbaguna 20 kaki x 40 kaki di Aras Atas sesuai dijadikan tempat berkumpul keluarga seperti solat berjemaah, sambutan hari jadi, aktiviti in-door game dan lain-lain dilengkapi kemudahan seperti berikut:
- Aircond, Kipas Siling,
- TV Android 55 Inci, Penapis Air Coway
- Sinki, 1 Iron & Iron Board
- 2 Set Sofa + 1 Coffee table
- 3 Meja makan bulat + 15 kerusi
- 1 Meja Ping Pong

Tempat Makan

Tempat Makan di Aras Bawah dilengkapi kemudahan seperti berikut:
- 3 Meja Besar & 30 kerusi
- Peti Sejuk Besar
- Penapis Air Coway (Model Core)
- Pembakar Roti, 2 Jug Air
- Teh, Kopi, Gula (kuantiti terhad)

Dapur Memasak

Dapur Memasak dilengkapi kemudahan seperti berikut:
- Dapur gas (Termasuk Tong Gas)
- Periuk Nasi 3.6 L, Balang Air
- Cool Box (Saiz Sederhana)
- Blender (pengisar), Pinggan, Mangkuk
- Cawan, Sudu & Garpu (Kuantiti Terhad)
- Peralatan Memasak, Periuk & Kuali (Saiz sederhana sesuai untuk memasak bil pax > 20)

Pit BBQ

Pit BBQ dilengkapi dengan kemudahan penyepit dan kipas BBQ sahaja, Arang tidak disediakan).

Tempat letak Kenderaan

Berbumbung (6 kereta sahaja) manakala Tidak berbumbung (10 kereta ++).

Capaian Internet

Wifi Percuma untuk sambungan ke 40 devices.

Tong Sampah

3 Tong Sampah besar disediakan di sekitar Homestay

Kit / Peralatan Kecemasan

First Aid Kit Box & Fire Extinguisher juga disediakan.

Kolam Renang

Kolam Renang Dewasa (Kedalaman 4 kaki) & Kanak-kanak (Kedalaman 1.5 kaki).

* Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab ibu/bapa/penjaga


* Tetamu hendaklah memakai pakaian jenis jersi sahaja ketika menggunakan kemudahan kolam renang


* Masa penggunaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja


* Dilarang Terjun ke dalam kolam renang (No Diving Into Pool)


* Sila mandi sebelum masuk ke kolam renang


* Dilarang membuang air kecil (kencing) di dalam kolam renang


* Tidak dibenarkan makan dan minum dikawasan kolam renang, membuang sampah atau sisa makanan atau apa-apa bahan seperti sticker/glitters atau sebagainya ke dalam kolam renang


* Menggunakan kemudahan kolam renang atas risiko anda sendiri

Maklumat Tambahan

Bilangan Maksima Tetamu

Bilangan guest yang ideal & selesa menginap adalah 20 pax dewasa, DAN bil pax maksima dibenarkan adalah 40 pax sahaja termasuk kanak-kanak. Jika atas permintaan dan kesanggupan guest sendiri untuk memuatkan lebih dari 2 pax dalam 1 bilik, disarankan menyewa tilam single tambahan atau membawa toto sendiri. Jika bilangan Pax lebih dari 20, untuk keselesaan tuan/puan, digalakkan pax berikutnya menginap di dewan dan disarankan menyewa tilam single tambahan atau membawa toto sendiri.

Set Karaoke

Berkaraoke hanya dibenarkan di dalam dewan & sehingga jam 11.00 malam sahaja. (Set karaoke & Microphone tidak disediakan, boleh bawa set portable karaoke sendiri).

Larangan Keras

Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan, makanan tidak halal & minuman keras serta melakukan aktiviti yang tidak bermoral serta menyalahi undang-undang seperti bermain mercun dan sebagainya.

Tilam Tambahan

RM 20.00 semalam (1 Tilam single diberikan sekali dengan 1 cadar, 1 selimut, 1 bantal). * Setiap Bil Pax melebihi 35 (36~40) akan diwajibkan add-on tilam tambahan.

Bayaran Denda

Sekiranya didapati bilangan pax yang hadir melebihi bil pax yang dinyatakan di dalam maklumat tempahan yang telah dipersetujui, pihak kami berhak untuk mengenakan bayaran tambahan RM 100 per pax tambahan. pastikan tuan puan jujur ketika membuat tempahan dan berhubung dengan pengurus jualan kami untuk berunding.

Galeri Gambar Homestay

Homestay 1
Homestay 2
Homestay 3
Homestay 1
Homestay 2
Homestay 3

Video Menarik dari TikTok Kami

TikTok Video 1

Lihat suasana di Mega Villa

Klik untuk tonton di TikTok

TikTok Video 2

Dewan Serbaguna, Santai bersama keluarga

Klik untuk tonton di TikTok

TikTok Video 3

Tempat parking Kereta di MegaVilla

Klik untuk tonton di TikTok

TikTok Video 4

Tempat BBQ

Klik untuk tonton di TikTok

TikTok Video 3

Kanak-kanak mesti suka!

Klik untuk tonton di TikTok

TikTok Video 4

Mencoret ingatan, melukis kenangan

Klik untuk tonton di TikTok

Kalendar Tempahan Mega Villa

Tempahan Berjaya
Menunggu Deposit
Tempah Mega Villa Sekarang ← Kembali ke Senarai Homestay

Soalan Lazim (FAQ)