Kalau anda hanya boleh melawat satu sahaja destinasi semasa berada disini nanti pastikan anda ke Kota A Famosa, juga dikenali sebagai Porta de Santiago. Ia bukan sebarang kubu lama; ia...
Kalau anda hanya boleh melawat satu sahaja destinasi semasa berada disini nanti pastikan anda ke Kota A Famosa, juga dikenali sebagai Porta de Santiago. Ia bukan sebarang kubu lama; ia adalah salah satu karya seni bina Eropah tertua di Asia. Penakluk Portugis membinanya pada tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Alburquerque untuk memastikan tanah baru mereka terkawal. Kubu itu bertahan selama 130 tahun sehingga Belanda datang pada tahun 1641. Belanda bukan sahaja mengambil alih; mereka menaiktarafkan tempat itu dan meninggalkan tanda penjajahan mereka. Walaupun selepas British mengambil alih dan hampir merobohkannya, kubu itu masih berdiri, walaupun sebagai versi yang lebih kecil berbanding dengan masa kegemilangannya. Kawasan sekitar kubu sentiasa sibuk dengan pelancong yang datang dari setiap pelusuk dunia, membuktikan betapa popularnya AโFamosa ini.
๐ Buka dalam PetaUntuk peminat seni dan peminat OOTD, jangan lepaskan peluang untuk melawat Street Art di Melaka, terutamanya di kawasan sekitar Jalan Hang Tuah. Bermula pada tahun 2012 dengan projek River Art,...
Untuk peminat seni dan peminat OOTD, jangan lepaskan peluang untuk melawat Street Art di Melaka, terutamanya di kawasan sekitar Jalan Hang Tuah. Bermula pada tahun 2012 dengan projek River Art, kini banyak kedai di sepanjang Sungai Melaka telah dihias dengan mural yang menarik. Mural-mural ini bukan sahaja mempersembahkan warisan budaya Melaka tetapi juga elemen-elemen kontemporari. Antara mural yang terkenal ialah The Orangutan House, Kiehlโs Mural, dan The Well. Keunikan mural ini bukan hanya pada keindahannya, tetapi juga kerana ia memberikan ilusi 3D, seolah-olah lukisan itu hidup. Anda boleh berinteraksi dengan mural ini, bergambar seakan-akan menjadi sebahagian daripada karya seni tersebut. Mural-mural ini kebanyakannya menggambarkan aspek budaya Malaysia, seperti potret gadis Melayu, Baba & Nyonya, lelaki tua yang sedang bekerja, dan juga fauna seperti seekor kancil. Jika anda berjalan lebih jauh ke Jalan Hang Jebat dan Jalan Hang Kasturi, serta mengikuti aliran Sungai Melaka, anda akan terpesona dengan pelbagai mural berwarna-warni yang menghiasi kawasan tersebut.
๐ Buka dalam PetaZoo Melaka, hanya 90 minit sahaja drive dari Kuala Lumpur, adalah syurga haiwan yang menanti ketibaan anda. Ditubuhkan pada tahun 1963, zoo seluas 54 ekar ini adalah rumah kepada lebih...
Zoo Melaka, hanya 90 minit sahaja drive dari Kuala Lumpur, adalah syurga haiwan yang menanti ketibaan anda. Ditubuhkan pada tahun 1963, zoo seluas 54 ekar ini adalah rumah kepada lebih 450 spesies haiwan, menjadikannya zoo kedua terbesar di Malaysia. Dari harimau Malaya yang megah, hinggalah badak Sumatera yang hampir pupus, terdapat pelbagai jenis haiwan untuk dilihat. Safari malam pula memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat haiwan nokturnal pada waktu paling aktif. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjelajahi Zoo Melaka, destinasi yang sempurna untuk pengalaman bersama si kecil yang tak dapat dilupakan!
๐ Buka dalam PetaEncore Melaka merupakan teater canggih yang menggunakan produksi seni innovative untuk mempersembahkan pertunjukan dalam genre baru yang memukau. Teater ini direka menggunakan teknologi terkini dan menampilkan auditorium berputar 360 darjah...
Encore Melaka merupakan teater canggih yang menggunakan produksi seni innovative untuk mempersembahkan pertunjukan dalam genre baru yang memukau.
Teater ini direka menggunakan teknologi terkini dan menampilkan auditorium berputar 360 darjah dilengkapi dengan audio canggi.
Berbeza dengan teater tradisional, penonton di Encore Melaka tidak duduk secara pasif; sebaliknya, mereka dijadikan sebahagian daripada persembahan, mencipta pengalaman yang unik.
Reka bentuk hiasan dan kesan khas digunakan untuk meningkatkan aspek dramatik dan visual pertunjukan, menjanjikan pengalaman yang menakjubkan dan tidak dapat dilupakan bagi semua yang hadir.
Alamat: No. 3, Jalan KSB โ Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka
Tepat bersebelahan dengan Bayou Lagoon, terdapat sebuah tempat yang sesuai untuk sesi fotografi keluarga iaitu Magic Art 3D Museum. Tempat ini begitu besar hingga memori kamera anda pasti akan penuh...
Tepat bersebelahan dengan Bayou Lagoon, terdapat sebuah tempat yang sesuai untuk sesi fotografi keluarga iaitu Magic Art 3D Museum. Tempat ini begitu besar hingga memori kamera anda pasti akan penuh dalam sekelip mata!
Muzium ini sebenarnya merupakan muzium 3D yang kedua terbesar di Malaysia, kecil sedikit sahaja daripada yang terdapat di Langkawi.
Dengan luas 7,000 kaki persegi dan terletak di dalam bangunan dua tingkat, terdapat banyak lukisan 3D yang amat sesuai untuk berposing. Gambar-gambar yang dihasilkan kelihatan sangat real, walaupun sebenarnya mustahil!
Di dalam Magic Art 3D Museum, terdapat lapan tema 3D yang berbeza. Dari kuil purba dan bandaraya Melaka hinggalah lautan dan hutan.
Setiap tema dilengkapi dengan muzik yang sesuai untuk suasana yang lebih feeling.
Alamat: G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kompleks ilmu falak dan astronomi dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Melaka yang terletak di Tanjung Bidara. Di dalam kompleks ini, terdapat sebuah Planetarium, Balai Cerap, dan...
Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kompleks ilmu falak dan astronomi dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Melaka yang terletak di Tanjung Bidara. Di dalam kompleks ini, terdapat sebuah Planetarium, Balai Cerap, dan pusat latihan yang dilengkapi dengan berbagai fasiliti seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah, dan makmal komputer.
Berbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang astronomi, termasuk tayangan dokumentari sains dalam bentuk planetarium dan 3D, pemerhatian langit malam, pemerhatian hilal, dan kunjungan ke berbagai zon pameran yang berlainan.
Zon pameran di Kompleks Falak Al-Khawarizmi dibahagikan kepada zon sistem suria, zon tamadun Islam, zon penerokaan angkasa lepas, dan zon langit malam. Anda dan keluarga juga dapat menikmati permainan interaktif yang disediakan. Sebelum meninggalkan tempat ini, pastikan untuk mampir ke kiosk falak terlebih dahulu.
Alamat: Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Alor Gajah, Melaka
Terletak di perairan Selat Melaka yang tenang Pantai Pengkalan Balak merupai tempat yang sesuai untuk percutian pantai. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti, daripada berenang hingga bersiar-siar santai di...
Terletak di perairan Selat Melaka yang tenang Pantai Pengkalan Balak merupai tempat yang sesuai untuk percutian pantai. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti, daripada berenang hingga bersiar-siar santai di sepanjang pantai, berkhemah di bawah bintang, atau melihat keindahan matahari terbenam.
Pasir bewarna emas yang lembut di pantai mengajak anda untuk membuka kasut untuk merasa pasir halus di antara jari kaki anda.
Berjalan kaki ayam di sepanjang pantai bukan sekadar menenangkan, tetapi ia juga cara terbaik untuk berehat sambil menikmati irama ombak dan angin sepoi-sepoi dari laut.
Salah satu daya tarikan Pantai Pengkalan Balak adalah pemandangan perkampungan nelayan yang indah dan terdapat juga banyak restoran makanan laut sedap yang menawarkan tangkapan segar terus dari perahu nelayan. Terletak di daerah Alor Gajah, ia hanya 10 km memandu dari Masjid Tanah.
Alamat: Jalan Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka 78300
Menara Taming Sari merupakan sebuah menara unik yang menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya. Dengan ketinggian mencapai 110 meter, menara ini memungkinkan pengunjung untuk menikmati pemandangan indah kota Melaka dari...
Menara Taming Sari merupakan sebuah menara unik yang menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya. Dengan ketinggian mencapai 110 meter, menara ini memungkinkan pengunjung untuk menikmati pemandangan indah kota Melaka dari ketinggian 80 meter dengan jarak pandang hingga 5 km. Menara ini boleh memuatkan sebanyak 80 pelawat pada bila-bila masa.
Beberapa tempat menarik yang dapat dilihat dari menara ini antaranya adalah Selat Melaka, Stadthuys, Pulau Melaka, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, dan Masjid Negeri.
Menara ini meminjam namanya dari keris lagenda Hang Tuah yang masih belum ditemui hinggalah ke hari ini.
Alamat: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka
Masjid Al Azim ialah Masjid Negeri Melaka, terletak berhampiran Bandaraya Melaka. Dibina dari 1984 hingga 1990, ia telah dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah. Reka bentuk masjid ini adalah gabungan gaya...
Masjid Al Azim ialah Masjid Negeri Melaka, terletak berhampiran Bandaraya Melaka. Dibina dari 1984 hingga 1990, ia telah dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah. Reka bentuk masjid ini adalah gabungan gaya tradisional Melaka dan Cina.
Ini jelas dalam bumbung tiga lapis yang unik dan kubah kuningnya. Tidak seperti masjid-masjid Melaka biasa, bumbungnya mempunyai rabung lurus dan ukiran menyerupai gengaman manusia, melambangkan isyarat solat.
Susun atur masjid adalah segi empat sama, diilhamkan oleh Masjid Nabawi di Madinah. Ia menggabungkan kerohanian dengan keanggunan seni bina, menampilkan dewan solat utama dan enam blok yang lebih kecil untuk pelbagai tujuan. Dewan utama boleh memuatkan 9,700 jemaah, manakala kawasan khas wanita di tingkat satu menempatkan 700.
Alamat: Bukit Palah Melaka, Melaka 75400
Pada pandangan pertama, sukar untuk menganggap bangunan ini sebagai masjid. Reka bentuknya sangat mirip dengan bangunan tradisional China, tidak hairanlah ramai mengenalinya sebagai Masjid Cina Melaka walau nama sebenar masjid...
Pada pandangan pertama, sukar untuk menganggap bangunan ini sebagai masjid. Reka bentuknya sangat mirip dengan bangunan tradisional China, tidak hairanlah ramai mengenalinya sebagai Masjid Cina Melaka walau nama sebenar masjid ini ialah Masjid Al Muttaqin.
Ramai yang bertanya kenapa masjid ini mempunyai seni bina yang begitu unik. Ini kerana masjid ini telah dibangunkan oleh Persatuan Islam China Melaka dengan inspirasi dari reka bentuk beberapa masjid di Shanghai, Xiโan, dan Beijing di China.
Masjid ini, yang dibina dengan kos sekitar RM7.5 juta, dilengkapi dengan ruang solat yang boleh menampung hingga 2,000 jemaah, perpustakaan, tandas, dewan serbaguna, bilik mesyuarat, dan pejabat pentadbiran.
Alamat: Masjid Cina Melaka, Krubong, Melaka
Galeri Lebah Melaka, dahulunya dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia, terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, dan ditubuhkan pada tahun 1988. Muzium ini mempamerkan sekitar 250 spesimen jenis sarang lebah dan...
Galeri Lebah Melaka, dahulunya dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia, terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, dan ditubuhkan pada tahun 1988. Muzium ini mempamerkan sekitar 250 spesimen jenis sarang lebah dan sarang tebuan serta menampilkan pertunjukkan โBee Man Showโ.
Bahagian-bahagian muzium termasuk pameran tentang penternakan lebah, spesies lebah, habitat lebah, dan alat tradisional yang digunakan untuk pengumpulan madu.
Galeri Lebah Melaka dikendalikan oleh Giant B, pengeluar madu terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1978. Ruang pameran termasuk pelbagai jenis dan spesis lebah, sarang lebah, dan mempamerkan produk yang dihasilkan oleh lebah, seperti madu, jeli diraja, dan lilin lebah.
Kepada peminat madu pula ada beraneka produk madu yang anda boleh beli dari kedai muzium.
Alamat: DT 427, Taman Rama-Rama, Air Keroh, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka
Crazy Racing Melaka merupakan pilihan menarik untuk aktiviti go-kart di bandaraya bersejarah ini. Anda dapat memilih antara dua jenis go-kart yang disediakan, iaitu go-kart 200 cc atau go-kart 270 cc. Kelebihan...
Crazy Racing Melaka merupakan pilihan menarik untuk aktiviti go-kart di bandaraya bersejarah ini. Anda dapat memilih antara dua jenis go-kart yang disediakan, iaitu go-kart 200 cc atau go-kart 270 cc.
Kelebihan Crazy Racing Melaka adalah ia buka hinggalah ke lewat malam, memberi anda pengalaman berlumba sambil menikmati angin malam yang nyaman. Jika anda mencari aktiviti menarik di Melaka pada waktu malam, tempat ini pastinya pilihan yang tidak boleh dilepaskan.
Alamat: Pt434, Pekan Klebang SEK.II, 75200 Melaka
Untuk menikmati pemandangan terbaik Bandar Melaka, jangan lepaskan peluang untuk naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di kota ini. Bersiaplah untuk pengalaman yang mendebarkan, karena lantai...
Untuk menikmati pemandangan terbaik Bandar Melaka, jangan lepaskan peluang untuk naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di kota ini. Bersiaplah untuk pengalaman yang mendebarkan, karena lantai kaca lutsina di sana akan memberikan sensasi berjalan di atas angin.
Nak lihat pemandangan yang awesome ini dengan lebih dekat, pakai sahaja telescope yang disediakan. Jika anda datang pada waktu petang anda dapat menyaksikan matahari terbenam sesuai untuk pasangan yang inginkan pengalaman yang romantik di Melaka.
Alamat: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Freeport AโFamosa Outlet adalah destinasi membeli-belah popular yang terletak di Melaka, Malaysia. Terletak berhampiran dengan AโFamosa Resort, pusat membeli-belah terbuka ini menawarkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga diskaun. Dengan...
Freeport AโFamosa Outlet adalah destinasi membeli-belah popular yang terletak di Melaka, Malaysia. Terletak berhampiran dengan AโFamosa Resort, pusat membeli-belah terbuka ini menawarkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga diskaun.
Dengan seni bina warisan belanda, outlet village ini mencipta suasana membeli-belah yang menarik, menampilkan lebih daripada 70 kedai fesyen, pakaian sukan, dan aksesori.
Untuk makanan pula outlet ini juga menyediakan pelbagai pilihan tempat makan, termasuk kafe dan restoran, yang memenuhi selera yang berbeza.
Ia adalah tempat mesra keluarga dengan kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta yang luas.
Alamat: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka
Impian anda untuk menjadi kru kapal selam tercapai di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang dipamerkan di muzium ini dikenali sebagai FS Quessant Agosta 70, yang merupakan kapal selam...
Impian anda untuk menjadi kru kapal selam tercapai di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang dipamerkan di muzium ini dikenali sebagai FS Quessant Agosta 70, yang merupakan kapal selam bekas angkatan laut Perancis.
Ia merupakan kapal latih untuk anggota kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN ABDUL RAZAK. Kementerian Pertahanan Malaysia telah membawa kapal ini kembali ke tanah air dan menyerahkannya kepada Pemerintah Negeri Melaka untuk dijadikan muzium di Kompleks Muzium Maritim Melaka.
Proses pengangkutan kapal selam dari Perancis ke Melaka dimulai pada 9 Oktober 2011 dan selesai pada 12 November 2011. Muzium Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 bertujuan untuk memperkenalkan sejarah, fungsi, dan peranan kapal selam di negara kita.
Alamat: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
Pernah terfikir untuk melihat Melaka dari sudut yang berbeza? Nah, naiklah Melaka River Cruise! lawatan terapung ini akan membawa anda ke satu perjalanan melihat peninggalan masa lampau dan kemajuan masa...
Pernah terfikir untuk melihat Melaka dari sudut yang berbeza? Nah, naiklah Melaka River Cruise! lawatan terapung ini akan membawa anda ke satu perjalanan melihat peninggalan masa lampau dan kemajuan masa kini bandar bersejarah ini.
Pada tahun 1982, bangunan ini telah diubah fungsi menjadi sebuah muzium yang menampilkan sejarah Melaka serta era penjajahan Portugis dan Inggeris. Di hadapan Stadthuys terletak Jalan Jonker, sebuah jalan yang terkenal.
Alamat: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
The Stadthuys, sebuah mercu tanda yang terkenal di Melaka, telah selesai dibina pada tahun 1660 dan dianggap sebagai struktur kerajaan Belanda yang paling tua di Asia Tenggara. Dalam sejarahnya, Stadthuys dikenali...
The Stadthuys, sebuah mercu tanda yang terkenal di Melaka, telah selesai dibina pada tahun 1660 dan dianggap sebagai struktur kerajaan Belanda yang paling tua di Asia Tenggara.
Dalam sejarahnya, Stadthuys dikenali sebagai pusat pemerintahan Belanda di Melaka semasa era kolonial Belanda.
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.
Alamat: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Jika anda ingin menghayati kehidupan di dalam penjara tanpa perlu dihukum, lawatilah Muzium Penjara Malaysia. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bekas penjara dan kini diubah suai menjadi muzium. Muzium ini...
Jika anda ingin menghayati kehidupan di dalam penjara tanpa perlu dihukum, lawatilah Muzium Penjara Malaysia. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bekas penjara dan kini diubah suai menjadi muzium.
Muzium ini mungkin kurang sesuai untuk anak kecil kerana beberapa pameran di Muzium ini agak garfik. Ini kerana, selain mempelajari tentang sistem penjara di Malaysia dan sejarah pembentukannya semasa penjajahan British, anda juga berpeluang melihat pameran interaktif yang menunjukkan pelaksanaan hukuman secara grafik.
Disamping itu, anda juga akan melihat foto-foto yang menggambarkan akibat hukuman sebat, mengunjungi bilik hukuman gantung, dan banyak lagi. Pendek cerita keluar memang insaflah.
Alamat: Jalan Parameswara | Cnr Jln Parameswara & Jln Melati, Melaka 75000
Siapa yang tidak gemar menikmati keropok Mamee yang crispy dengan pelbagai perisa menarik, dari BBQ hingga karipap? Memang enak dan rangup! Pernahkah anda tertanya bagaimana keropok Mamee ini dibuat? Jom, kunjungi...
Siapa yang tidak gemar menikmati keropok Mamee yang crispy dengan pelbagai perisa menarik, dari BBQ hingga karipap? Memang enak dan rangup!
Pernahkah anda tertanya bagaimana keropok Mamee ini dibuat? Jom, kunjungi Mamee Jonker House, sebuah kedai konsep pertama yang dibangunkan oleh Mamee Group.
Di sini, anda bukan sahaja dapat menyaksikan proses pembuatan keropok lazat ini, tetapi juga berpeluang membeli cenderamata Mamee yang unik dan tidak terdapat di tempat lain. Anda juga boleh menikmati hidangan mee kegemaran anda di kafe Mamee yang istimewa, jangan bimbang, semuanya halal.
Yang paling menarik disini adalah anda berkesempatan mencuba menu Mamee cup khas yang disediakan mengikut pilihan bahan anda sendiri (custom Mamee cup). Pastikan anda mengunjunginya!
Alamat: Mamee Jonker Walk Jalan Hang Jebat, Melaka
The Shore Oceanarium bukan sahaja popular dengan kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun teruja, menjadikannya destinasi percutian keluarga hebat di Melaka. Tempat ini bukan sekadar akuarium biasa anda. Dibuka pada tahun 2015,...
The Shore Oceanarium bukan sahaja popular dengan kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun teruja, menjadikannya destinasi percutian keluarga hebat di Melaka.
Tempat ini bukan sekadar akuarium biasa anda. Dibuka pada tahun 2015, akuarium ini padat dengan teknologi terkini seperti filem 3D dan papan maklumat interaktif yang canggih.
Semasa bersiar-siar di sini, terdapat pelbagai kuiz yang menyeronokkan untuk menarik minat anda sekeluarga. Terdapat juga kolam interaktif di mana anda boleh melihat depan mata haiwan laut seperti gamat dan jerung buluh.
Ocean Journey & Ocean Theater pula merupakan tangki ikan yang besar dengan terowong dimana anda boleh menonton jerung berenang diatas kepala.
Nak tengok gelagat ikan yang lagi garang bolehlah beransur ke pameran River Story. Disitu ada sekumpulan ikan Pirana menanti anda dengan gigi setajam pisau cukur, cukup seram!
Bagi peminat penyu pula, terdapat Kampung Penyu, sebuah kolam besar dimana anda boleh memberi makan kepada penyu-penyu yang comel.
Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Bayangkan melangkah ke tanah ajaib yang terbentang seluas 11 ekar, di mana rama-rama berwarna-warni terbang dengan bebas dan reptilia bersantai dengan malasnya. Selamat datang ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, syurga...
Bayangkan melangkah ke tanah ajaib yang terbentang seluas 11 ekar, di mana rama-rama berwarna-warni terbang dengan bebas dan reptilia bersantai dengan malasnya.
Selamat datang ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, syurga bagi pencinta alam semula jadi sejak tahun 1991. Terletak di Melaka, taman ini pada mulanya merupakan syurga bagi penggemar rama-rama sahaja.
Walau bagaimanapun, seiring dengan perubahan masa, ia menjemput pelbagai jenis reptilia untuk menyertai keluarganya dan lantang menukar namanya ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.
Sambil bersiar anda akan melihat rama-rama menikmati potongan nanas segar, manakala buaya dan ular pula boleh menati anda di dalam kandang mereka. Selain itu, taman ini juga menempatkan dua harimau dan rama-rama kebangsaan Malaysia, Raja Brooke.
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
Mencari aktiviti seronok yang menyegarkan? Melaka Wonderland Theme Park & Resort di Ayer Keroh adalah tempatnya! Ini adalah taman tema air baru yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat โ keluarga,...
Mencari aktiviti seronok yang menyegarkan? Melaka Wonderland Theme Park & Resort di Ayer Keroh adalah tempatnya! Ini adalah taman tema air baru yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat โ keluarga, kanak-kanak, remaja, dan pemburu keseronokan.
Taman ini istimewa kerana ia mempunyai 11 tarikan menarik, termasuk Tornado Chaser, yang merupakan yang pertama di Malaysia, kolam ombak besar, dan pulau pengembaraan.
Ini lebih daripada sekadar taman air, ia adalah pengalaman yang menggabungkan keseronokan dengan keindahan alam semula jadi.
Alamat: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka
Bukan sahaja satu tapi tiga taman tema mantap menanti anda di AโFamosa Resort. Di sini pelawat dapat menikmati keseronokan luarbiasa di tiga taman tema berbeza iaitu Old West Carniva, Water...
Bukan sahaja satu tapi tiga taman tema mantap menanti anda di AโFamosa Resort. Di sini pelawat dapat menikmati keseronokan luarbiasa di tiga taman tema berbeza iaitu Old West Carniva, Water Theme Park, dan Safari Wonderland, setiap satu dengan temanya yang tersendiri.
Jika anda ingin mengalami kegembiraan maksima bersama keluarga ketika bercuti di Melaka, AโFamosa Resort adalah destinasi yang wajib untuk anda! Sekali anda melangkah masuk, pasti berat hati untuk meninggalkan tempat ini!
Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Skytrex Melaka ini adalah cawangan ketiga taman cabaran popular dari Skytrex yang di buka di negara kita. Ia menawarkan beberapa cabaran unik penuh adrenalin, termasuk Skybike pertama di Malaysia, UFO,...
Skytrex Melaka ini adalah cawangan ketiga taman cabaran popular dari Skytrex yang di buka di negara kita. Ia menawarkan beberapa cabaran unik penuh adrenalin, termasuk Skybike pertama di Malaysia, UFO, dan Bungee Tarzan yang mendebarkan.
Apa yang menambah kepada kesempurnaan aktiviti ini adalah semuanya berlatarbelakangkan hutan hujan tropika yang menghijau.
Taman cabaran ini hanya 5 minit memandu dari tol PLUS. Kalua anda menghala terus ke arah pusat bandar Melaka di Jalan Ayer Keroh, anda akan sampai!
Alamat: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (Muzium TLDM) terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dan menampilkan pelbagai khazanah bersejarah berkaitan Tentera Laut Diraja Malaysia. Antara koleksi yang dipamerkan termasuk gambar-gambar laksamana terkenal,...
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (Muzium TLDM) terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dan menampilkan pelbagai khazanah bersejarah berkaitan Tentera Laut Diraja Malaysia. Antara koleksi yang dipamerkan termasuk gambar-gambar laksamana terkenal, pingat-pingat kehormatan, maklumat mengenai hierarki pangkat tentera laut, evolusi pakaian seragam, senjata-senjata marin, peralatan komunikasi, simbol-simbol navigasi, serta program-program latihan yang dijalankan.
Pada asalnya, muzium ini beroperasi di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak. Namun, bagi memanfaatkan jumlah pelancong tempatan dan antarabangsa yang lebih ramai, ia telah dipindahkan ke Melaka. Lokasi baharu ini mula dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995, menjadikan muzium ini salah satu destinasi wajib dikunjungi bagi pencinta sejarah ketenteraan negara.
Tidak jauh dari Stadthuys, terletaknya Muzium Samudera, sebuah khazanah sejarah pelayaran tempatan. Ia terletak betul-betul di seberang Medan Samudera, hab untuk kraftangan, cenderamata dan barangan tempatan. Perjalan menuju ke muzium ini...
Tidak jauh dari Stadthuys, terletaknya Muzium Samudera, sebuah khazanah sejarah pelayaran tempatan. Ia terletak betul-betul di seberang Medan Samudera, hab untuk kraftangan, cenderamata dan barangan tempatan.
Perjalan menuju ke muzium ini sangat best kerana anda akan lalu banyak destinasi popular di melaka seperti muzium, galeri dan tapak-tapak bersejarah yang terletak di Banda Hilir.
Muzium ini adalah replika kapal Portugis Flora de Lamar, yang menemui penghujungnya di pantai Melaka. Struktur mengagumkan ini mempunyai ketinggian 34 meter dan kelebaran 8 meter. Ia menjemput pengunjung untuk menyelami sejarah maritim Melaka dan era keemasannya.
Pantai Klebang terkenal dengan bukit pasir putih dan suasana pantai pasir putih yang istimewa. Ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga, menunggang kuda, bermain laying-layang, dan menikmati suasana Pantai yang...
Pantai Klebang terkenal dengan bukit pasir putih dan suasana pantai pasir putih yang istimewa. Ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga, menunggang kuda, bermain laying-layang, dan menikmati suasana Pantai yang tenang.
Selain itu terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak dan beberapa trak makanan berhampiran yang menyajikan snek yang sedap, terutamanya kegemaran ramai iaitu โcococut shakeโ.
Kalau dah bosan jalan-jalan kat Pantai bolehlah beralih ke mana tarikan berdekatan seperti Dataran 1Malaysia, muzium Kapal Selam, dan Pasar Malam Warisan Klebang.
Alamat: Pantai Klebang, 75200 Melaka
Ketika anda tiba sahaja di Jalan Kota, Melaka, mata anda tentu akan tertarik pada sebuah bangunan berwarna merah yang menonjol. Bangunan tersebut dulunya merupakan pejabat untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)....
Ketika anda tiba sahaja di Jalan Kota, Melaka, mata anda tentu akan tertarik pada sebuah bangunan berwarna merah yang menonjol.
Bangunan tersebut dulunya merupakan pejabat untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Sekarang, ia berfungsi sebagai Muzium Islam Melaka, memegang peranan penting dalam menyimpan dan menjaga koleksi-koleksi yang berkaitan dengan Islam.
Di dalamnya, anda akan menemui pameran menarik seperti replika al-Quran lama, replika pedang yang dikaitkan dengan Rasulullah S.A.W, dan informasi tentang sejarah masjid.
Alamat: Jalan Kota, 75000 Melaka
Malaysia Heritage Studios sebelumnya dikenali sebagai Taman Budaya Mini Malaysia & Asean, merupakan destinasi yang mempamerkan rumah tradisional dari 13 negeri di Malaysia termasuk rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri...
Malaysia Heritage Studios sebelumnya dikenali sebagai Taman Budaya Mini Malaysia & Asean, merupakan destinasi yang mempamerkan rumah tradisional dari 13 negeri di Malaysia termasuk rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, dan sebagainya.
Taman ini bukan hanya menampilkan rumah-rumah tradisional Malaysia, tetapi juga rumah dari negara-negara Asia lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, dan lain-lain.
Di dalam โkampungโ Mini Malaysia ini, pengunjung bersama keluarga dapat menikmati berbagai aktiviti budaya seperti permainan tradisional, spa tradisional, penyewaan pakaian tradisional, memasak, menenun batik, dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga tarikan lain seperti kolam renang dan roller coaster.
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Pusat Konservasi Penyu di Padang Kemunting adalah tempat perlindungan Penyu Karah (Eretmochelys Imbricata), salah satu jenis penyu yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Penyu ini dikenali sebagai โhawksbillโ kerana bentuk mulutnya...
Pusat Konservasi Penyu di Padang Kemunting adalah tempat perlindungan Penyu Karah (Eretmochelys Imbricata), salah satu jenis penyu yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Penyu ini dikenali sebagai โhawksbillโ kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung helang.
Fasiliti penetasan di pusat ini mampu menampung antara 300 hingga 600 sarang telur penyu setiap musim pembiakan. Kedalaman setiap sarang adalah sekitar 45cm, dan telur penyu umumnya memerlukan waktu sekitar 60 hari untuk menetas. Setelah menetas, bayi penyu akan dibebaskan ke laut. Ketika mereka dewasa, penyu biasanya akan kembali ke pantai tempat mereka dilahirkan.
Selama musim penetasan, yang berlangsung dari bulan Mac hingga September, para pengunjung yang beruntung dapat melepaskan anak penyu ke laut. Anda juga berkesempatan untuk bekerjasama dengan pusat penyu ini sebagai sukarelawan World Wide Fund (WWF) untuk Alam Semulajadi Malaysia.
Pusat ini terbuka untuk umum dari hari Selasa hingga Ahad, pada jam kerja dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Semasa kunjungan, anda dapat mengunjungi dewan pameran dan bilik audiovisual untuk mendapatkan informasi menarik tentang penyu.
Alamat: Jalan Tuan Haji Baharom Ludin | Kampung Tanjong Bidara, Masjid Tanah 78300